Protokol dan piawaian Pelayar_web

Penguasaan pada Disember 2010 [1]
Internet Explorer - 57.08%
Firefox - 22.81%
Google Chrome - 9.98%
Safari - 5.89%
Opera - 2.23%

Pelayar web berkomunikasi dengan pelayan web terutamanya dengan menggunakan HTTP (hyper-text transfer protocol) untuk mengambil tapak web(sesawang). HTTP membenarkan pelayar untuk menghantar maklumat kepada pelayan web dan juga mencapai paparan laman web(sesawang) daripada mereka. Ketika ini, HTTP yang paling biasa digunakan ialah HTTP/1.1, yang ditakrifkan sepenuhnya di RFC - (Request for Comments) 2616. HTTP/1.1 mempunyai piwaian sendiri yang tidak disokong sepenuhnya oleh Internet Explorer, tetapi disokong oleh kebanyakan pelayar web generasi sekarang.

Laman web dijumpai melalui URL - (Uniform Resource Locator), yang dianggap sebagai alamat, bermula dengan http: untuk capaian HTTP. Kebanyakan pelayar turut menyokong pelbagai jenis URL dan protokol seumpamanya, seperti ftp: untuk FTP - ([File Transfer Protocol), gopher: untuk (Gopher protocol, dan https: untuk HTTPS (SSL versi tersulit HTTP).

Format fail untuk laman web biasanya HTML (hyper-text markup language) dan dikenal pasti melalui protokol HTTP dengan menggunakan jenis kandungan MIME . Kebanyakan pelayar tempanan menyokong pelbagai format sebagai tambahan kepada HTML, seperti format imej JPEG, PNG dan GIF, dan boleh dikembangkan untuk menyokong lebih banyak lagi melalui penggunaan palam masuk - (plugin). Gabungan spesifikasi protokol jenis kandungan HTTP dan URL membenarkan pereka muka web untuk memasukkan imej, animasi, video, bunyi, dan media aliran kepada laman web, atau membolehkan mereka dicapai melalui laman web.

Pelayar web awal menyokong hanya versi ringkas HTML. Perkembangan pesat pelayar web proprietari (lihat perperangan pelayar) mendorong kepada pembangunan dialek tidak piawaian HTML, membawa kepada masalah interoperasi dengan Jaring. Pelayar jaring moden (Mozilla Suite, Firefox, Opera, dan Safari) menyokong HTML dan XHTML berasaskan piawaian (bermula dengan HTML 4.01), yang sepatutnya dipaparkan dalam bentuk yang sama di kesemua pelayar. Internet Explorer tidak menyokong HTML 4.01 dan XHTML 1.x sepenuhnya lagi. Masa kini, banyak tapak jaring direka dengan menggunakan perisian penjana HTML WYSIWYG seperti Macromedia Dreamweaver atau Microsoft Frontpage. Ini sering kali menghasilkan HTML tidak piawaian secara ingkar, menghalang kerja W3C untuk membangunkan piawaian, khususnya dengan XHTML dan CSS (cascading style sheets, digunakan bagi atur letak laman).

Sesetengah pelayar popular termasuk komponen tambahan bagi menyokong berita Usenet, IRC (Internet relay chat) dan e-mel. Protokol yang mungkin disokong termasuk NNTP (network news transfer protocol), SMTP (simple mail transfer protocol), IMAP (Internet message access protocol), dan POP (post office protocol).